Labels

Wednesday, October 7, 2015

Teori Muzik Sikit

Salam dan selamat sejahtera.

Hari ni kita sembang2 mengenai teori muzik. Saya pun taktau sangat la pasai teori muzik ni. Setakat yang sya tau, boleh la share2.

Baik, hari ni kita belajar mengenai:
  • Note values
  • Tempo

Note Values
Biasa tengok music sheet kan? Yang ada lima garisan, pastu ada note2 atas dia bentuk taugeh tu la. Setiap taugeh tu la kita panggil note. Ada dua benda yang kita bole baca dari posisi dan bentuk note. Kat garisan mana note tu duduk menunjukkan pitch note tu. Nada tinggi ka rendah ka. Kalau main muzic, ada la nama nada dia A ka B ka C ka.

Tapi kita hari ni tak cite pasai nada, kita cite pasai note value, iaitu benda kedua yang kita baca dari setiap note. Senang cakap, ni maksud dia ialah berapa lama satu2 note tu berbunyi. Contoh senang, kalau kira satu beat tu tempoh dia satu saat, jadi kalau note value ialah 1, maka note tu akan berbunyi selama 1 saat. Kalau half note, maknanya berbunyi setengah saat. Kalau quarter note, bunyi suku saat la. Dan seterusnya.

Nak tau note value, tengok pada bentuk note tu je. Saya nak cite 3 bentuk je yang paling selalu guna dalam drum.
Quarter note: bentuk taugeh
sebatang

Eighth note: satu per lapan,
bentuk macam quater note
tapi ada satu ekor lak

Sixteenth note: satu per enam
belas, ada dua ekor dia

Tempo
Ok tadi saya bagi contoh kalau satu beat satu saat kan? Itu la tempo sebenarnya. Tempo ni menentukan kelajuan satu2 lagu tu. Lain lagu, lain tempo dia. Nak tau tempo, tengok kat music sheet ada tulis camni:
Tempo 120 beat seminit
Kalau ikut contoh ni, maknanya dalam satu minit ada 120 quarter notes dimainkan. Jadi boleh kira la, satu minit ada 60 saat. Jadi kalau ada 120 quarter notes dalam satu minit, maknanya setiap quarter note tempoh dia ialah 0.5 saat. Gitu.

Jadi kena ingat la, quarter note ni tak bermaksud suku saat. Dia bergantung pada tempo lagu. Lagi tinggi tempo dia, lagi laju lagu tu jadinya.

Tapi kenapa tempo ni merujuk pada quarter note aa? Kenapa tak guna full note sebagai rujukan untuk set tempo? Ok soalan ni nanti kita cerita masa bab time signature di masa akan datang ya.

Sunday, October 4, 2015

Komponen-komponen Utama Drum Kit

Hari ni kita siasat2 sikit mengenai komponen2 penting yang membentuk satu drum kit.

Drum kit ni ada banyak style & setting. So kita cerita yang kebiasaannya je lah ya. Lepas tu kita sentuh sikit2 yang luar biasa.

Ni gambar drum kit sebagai contoh:
Drum kit yang kebiasaannya
Kumpulan utama:
  • Snare (hijau): Paling penting. Drum utama la kiranya. Orang cakap, kalau nak siapkan drum kit slow2 sikit2, mula dengan snare dulu.
  • Toms (biru dan ungu): Ni drum sokongan. Ada yang guna satu je, ada yang guna dua. Kebiasaanya ada 3 tom. Dia panggil high tom, middle tom, low tom. Low tom selalu jugak dipanggil floor tom. tengok nama pun dah tau satu bunyi tinggi, satu pertengahan, satu lagi bunyi rendah.
  • Bass (merah): Susunan lain sikit dari komponen lain, sebab diletakkan menegak. Kena guna kaki. Ada kick pad, pijak2 je kick pad ni nanti ada beater akan ketuk2 bass drum ni. Sebab nama pun bass, jadi ni drum yang bunyi paling rendah.
  • Cymbals (kuning & oren): Ni piring2 besi warna gold atau silver tu la. Biasanya ada 3 jenis:
    • Ride: Saya pun tak pasti camna nak cerita pasai ride ni. Bunyi dia macam 'ting!' bergema2.
    • Crash: Cymbal paling kuat bunyi, dan bunyi dia sustain lama. Bunyi dia lain dari ride, bunyi 'tish!'. Nama crash sebab bunyi macam car crash. Tapi saya dengar tak sama pun macam car crash.
    • Hi-hat: Cymbal paling unik, sebab dia sebenarnya dua cymbals yang letak bertentangan dalam jarak satu inci lebih kurang. Disambung pada pedal kat bawah tiang dia. Bila pijak pedal ni, dua cymbals ni akan rapat dan tertutup. Bunyi bila ketuk pun lain2 masa buka dan tutup. Separuh tutup pun bunyi lain. Di samping tu, bole juga pijak dan lepas pedal cepat2 bagi bunyik 'chik! chik!' gitu.
  • Drum throne (hitam): Fuh hebat nama dia. Takhta drum. Macam raja la sapa yang duduk main drum. Dipanggil jugak drum stool.
  • Lupa nak lukis drumsticks. Ni yang guna nak ketuk drum tu la. Bukan paha ayam.
Selain dari benda-benda kat atas ni, apa lagi ya? Yang lain-lain tu saya tak pakar sangat la. Antaranya ialah splash cymbals, china cymbals, cow bell, dan macam-macam lagi. Pastu toms pun bole letak banyak2 lagi. Bass pun bole ada sampai dua. Haa...

Ok tu je untuk hari ni ya...

Friday, October 2, 2015

Bahasa-bahasa Drum

OK kita langgar protokol sikit. Sebelum ni saya bagitau nak cerita pasai bahagian2 drum. Kita postpone dulu sebab lambat sikit nak lukis2 gambar drum.

Jadi hari ni kita cerita pasai bahasa2 atau jargon dalam drum ni. Jadi lepas ni sekali sekala saya akan sentuh la drum jargons dalam post2 akan datang.

Jom teruskan.

Hari ni saya nak cerita 3 benda je, rudiments, beat, dan fill.

Rudiment
Rudiment ni teknik asas dalam drum, yang merangkumi jumlah berapa kali kita ketuk drum, cara ketuk, dan jugak corak selang-seli penggunaan tangan kanan dan kiri. Terdapat 40 essential rudiments. Jadi kalau nak pandai drum, kena belajar la 40 rudiments ni. Tak semestinya nak kena hebat dalam setiap satu, tapi at least tau la apa dia 40 essential rudiments ni.

Yang paling senang? Single stroke roll. Pukul la drum tu selang seli guna tangan kanan, kiri, kanan, kiri, sampai lebam. Tu la single stroke roll.

Kedua senang? Double stroke roll la kot. Pukul drum dua kali guna tangan kanan, lepas tu dua kali guna tangan kiri, pastu ulang la sampai lebam. Pastikan jarak tempoh masa antara setiap ketuk tu sekata. Camni: kanan-kanan-kiri-kiri-kanan-kanan-kiri-kiri. Bukan: kanankanan-kirikiri-kanankanan-kirikiri. Faham? Hihi.

Baru 2. Ada lagi 38 rudiment asas. Yang lain2 tu lain kali la kita cerita.

Beat
Sebelum tu nak bagitau, drummer ni tugas dia besar dalam satu band. Bertindak sebagai lead untuk rentak lagu. Itu la gunanya beat. Beat ni rentak la.

Kalau dengar lagu betul2, kat background ada la dengar bunyi drum. Sambil gitar bunyi, vocal berkumandang, keyboard dan sebagainya, drum macam menentukan tempo lagu di belakang tabir. Tu la beat namanya. Orang tak pandang sangat drummer ni, tapi kalau dia tempo beat lari, lintang pukang la yang lain2 tu.

Fill
OK fill tu apa pulak? Kalau dengar lagu, mesti akan ada part yang takde vocal, alat muzik lain pun senyap atau tengah sustain satu note je. Masa ni la drum goreng. Tu la fill namaya. Sekejap je fill ni. 1 ka 2 ka 3 saat je. Mengisi kekosongan time tu.

Fill ni bole simple je, atau yang complex sampai nampak drummer macam tengah mengamuk kat drum tu. Kalau simple tu mula-mula drum main beat yang sama je sepanjang lagu, time fill dia ketuk lain sikit. Biasanya tamat dengan crash. Tapi kita belum cerita lagi crash tu apa. Tungguuu...


Tu je la buat kali ni. So lain kali bila dengar lagu, cuba2 kenal pasti yang mana fill, yang mana beat. Jom try!

Wednesday, September 30, 2015

Kita Rehat Seketika

Dah tau dah takde sapa pun yang baca blog ni sebab masih dalam peringkat pembikinan. Takde promo2 lagi pun. Kiranya macam cakap sorang2 la saya ni haha.

Tapi takpa. Kira macam practice untuk akan datang bila orang dah ramai baca blog ni. Kena ada constant communications la dengan pembaca setia. Hehe.

Jadi post kali ni mudah je. Nak bagitau yang kemungkinan post seterusnya akan lambat sikit. Saya baru dapat idea. Sebab blog ni kalau takde gambar2, boring nanti. Jadi saya nak letak la gambar2 sikit dalam blog seterusnya. Tapi nak cari gambar tricky sikit. Silap ambik gambar, bole kena saman sebab isu copyright.

Jadi? Jadi saya pun membuat keputusan untuk gambar2 says lukis sendiri la. Saya ni bole la lukis sikit2. Cantik ka tak cantik ka belakang cerita. Kalau cantik, kot2 akan datang bole spin off pulak buat blog mengenai melukis pulak. Ahaks.

Ok nantikan post saya seterusnya akan cerita pasai bahagian-bahgian drum. Nantikan! Jom!

Sunday, September 27, 2015

Mengenai moridhDrum

Baik, officially nama blog ni ialah moridhDrum. Susah sangat nak cari nama yang sesuai. Guna je la nama ni dulu. Later nanti kalau nak tukar, kita tukar ye.

Ok jom kita cerita sikit apa yang boleh kita nak isi dalam blog ni.

Sebelum tu, mengenai cara penulisan dalam blog ni. Saya akan tulis dalam bahasa yang sangat tak formal. Bahasa pasar dan jugak campur2 dengan English. Jadi saya takkan translate la perkataan2 atau jargon2 mengenai drum ni ke dalam Bahasa Malaysia. Takde la drumstick jadi kayu deram pulak nanti. Ok kan gini?

Ha! Dalam blog ni nanti saya akan share pengalaman saya dalam perjalanan belajar main drum ni. Lama2 nanti akan ada struktur la sikit. Contohnya nanti blog post akan dibahagi kepada kategori2 teori, praktikal, bahagian2 drum, dan sebagainya. Bole la jadi rujukan sapa2 yang nak belajar drum jugak lepas ni.

Setakat ni sharing saya hanya dalam bentuk penulisan je. Takde video2. Mungkin ada gambar sikit2. Walaupun sebenarnya nak belajar muzik ni kalau ada video lagi bagus sebenarnya. Tapi apa kan daya, saya ni pemalu orangnya. Susah la sikit nak buat video2 ni hehe. Lagipun setting kat rumah tak sesuai untuk rakaman.

Ok setakat ni je kot untuk kali ni. Apa2 nanti kita update2 lagi sini. Jom!

Saturday, September 26, 2015

Post Pertama Tama

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Ni first time tulis blog sendiri. Personal punya la... Sebelum ni pernah tulis tapi untuk blog2 lain je.

Takyah cite panjang. Tapi kena la perkenalkan diri jugak dulu.

moridh:
  • Nama betul: Ridhwan Bakir (singkatan jugak la ni)
  • Asal: KL
  • Duduk mana: Kepala Batas, Pulau Pinang
  • Umur: tua dah, nak masuk 40-an dah pong
  • Kerja: programmer
  • Minat: layan movies, main game

OK la kena cerita panjang jugak kot sikit. Saya ni takde la berkecimpung sangat dalam dunia muzik. Dulu masa sekolah rendah hebat jugak la main recorder sampai cikgu panggil join group kecik untuk demo main recorder kat kelas yg muzik corot.

Nak jadi cite, masa pergi Jepun dulu awal tahun 2000-an, jatuh cinta dengan piano sebab tengok kawan (orang Mexico) main piano. Syok. Balik dari Jepun terus beli keyboard. Tapi hampeh takde talent.

5 ka 6 ka 7 tahun lepas teringin nak main gitar lak. Beli la set gitar karen untuk beginner. Set sekali dengan mini amp. Hampeh lagi. Takde talent jugak. Atau mungkin takde motivasi nak practice main kot. Setakat petik 10 ka 20 minit sehari, lepas tu main game je. Bila nak pandai?

Kebelakangan ni macam teringin nak try drum pulak. Mana la tau takde talent main alat muzik yang perlu ketangkasan jari-jemari ka. Drum ni lebih kepada koordinasi tangan dan kaki. Jari2 takde la nak kena ligat sangat. Jadi jom try tengok kot2 bole layan.

Research punya research, akhirnya buat keputusan beli electronic drum kit satu. Brand murah je untuk beginner. Feature pun kurang. Tapi browse2 jugak la untuk beli yang terbaik dalam lingkungan budget dan keperluan. Lain kali la kot kita cite kit mana yang saya beli. Hehe.

Sekarang dah sebulan dah semenjak beli drum kit. Alhamdulillah minat masih ada. Practice pun ada disiplin sikit. Siap checklist lagi bagai.

Jadi dalam semangat untuk jadi pandai, apa kata kalau kita buat sesi belajar sambil mengajar. Tu la yang buat blog ni. Sambil2 belajar, saya share2 la apa yang belajar tu kat sini. Bole la sapa2 yang ada idea atau nak komen ka bagi pandangan membina.

Tu je dulu kot buat masa ni. Lepas ni nak terus tulis sikit mengenai apa benda yang bole nak jumpa dalam blog ni. Jom pakat belajar sambil mengajar. Drum la apa lagi... Jom!